KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kenal Pasti Lokasi……. Pihak Polis menerima maklumat mengenai dua lokasi yang dipercayai pernah dikunjungi pedofilia Richard Huckle di ibu negara.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya lokasi di Jalan Kuching di sini, yang sudah dikenal pasti manakala satu lagi masih dalam pemantauan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis Bukit Aman dengan bantuan polis Kontinjen Kuala Lumpur sudah memeriksa lokasi berkenaan.

“Untuk peringkat awal, kita berusaha mengesan beberapa individu di lokasi yang diberikan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berhubung kegiatan Huckle.

“Bagaimanapun, banyak perkara yang tidak dapat didedahkan kerana kerana kes ini membabitkan kanak-kanak bawah umur,” katanya di sini hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY