KUALA LUMPUR, 18 April – KESAN….. Pihak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh untuk hadir menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, Jalan Duta, di sini.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Md Jennam Hossain, 23.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, sedang mengesan Md Jennam Hossain, 23, warga negara Bangladesh bagi hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, Jalan Duta.

“Alamat terakhirnya adalah di Tower A East Wing, Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di sini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norbariah Fazuan Ramli di talian 012-700 9478.

Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – WD MY