KUALA LUMPUR, 27 Feb – Polis sedang melengkapkan kertas
siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
blognya pada 5 Feb lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata apabila
selesai kelak, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
(DPP) untuk diteliti.

“Tanggungjawab polis adalah untuk siasat kenyataan yang dibuat (oleh Dr
Mahathir) dan dapatkan kenyataan daripadanya… ia telah dilakukan.

“Kita akan teliti dan lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada DPP
untuk keputusan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program
Perbincangan Meja Bulat Mengenai Punca Utama Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan
siasatan selepas polis mengambil keterangan Dr Mahathir baru-baru ini.

Pada 24 Feb lepas, polis merakam percakapan Dr Mahathir di Putrajaya
berhubung kenyataannya itu. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY