LONDON, 7 MAC – BOM…..Polis Scotland melakukan letupan terkawal terhadap peranti yang dihantar ke University of Glasgow, semalam, dan sedang bekerjasama dengan polis di London untuk menentukan sama ada bungkusan bom sama turut dihantar ke mana-mana hab pengangkutan utama.

“Bungkusan ini tidak dibuka dan tiada siapa cedera. Perkhidmatan kecemasan sudah dimaklumkan dan beberapa bangunan dalam kawasan ini sudah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Satu letupan terkawal sudah dijalankan tegah hari tadi (waktu tempatan). Tiga bungkusan bom kecil dihantar ke dua lapangan terbang dan stesen kereta api paling sibuk di London, semalam.

“Setakat ini masih terlalu awal untuk mengaitkan bungkusan ini dengan mana-mana pihak,” kata pembantu ketua konstabel, Steve Johnson.

Terdahulu, Reuters melaporkan polis negara itu mengosongkan beberapa bangunan di dua universiti di Britain, semalam, selepas menerima laporan mengenai bungkusan meragukan.

Perkembangan itu berlaku, sehari selepas beberapa bungkusan bom dihantar ke dua lapangan terbang dan stesen kereta api paling sibuk di London.

Polis di timur England berkata, mereka mengepung University of Essex dan mengosongkan beberapa bangunan, selepas menerima panggil mengenai bungkusan disyaki letupan. Skuad bom turut dipanggil, katanya. -WD MY