LONDON, 23 Mac – Buru…… Pihak Polis masih memburu seorang daripada dua penyerang dipercayai melancarkan serangan di luar Parlimen Britain semalam, menurut tweet timbalan editor akhbar Daily Telegraph, Christopher Hope, memetik sumber kanan kerajaan.

Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain berkata, dua penyerang dipercayai berada dalam kereta ketika serangan itu.

“BBC difahamkan daripada pelbagai sumber dua penyerang berada dalam kereta di Jambatan Westminster,” kata wartawan Dominic Casciani, di Twitter. – WD MY