TAWAU,  22 Jan- TAHAN….. Pasukan Polis Marin (PPM) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan atas air Batu 4 Jalan Apas di sini, awal hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata semua PATI berumur lingkungan 25 hingga 44 tahun dan berasal dari Tawi-Tawi, Filipina itu ditahan pada jam 1 pagi oleh Unit Risikan Marin yang bertindak selepas menerima maklumat.

“Anggota PPM memeriksa sebuah bot jongkong dan menahan tiga lelaki di dalamnya yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Tiga lelaki lagi ditahan di atas jeti kerana kesalahan yang sama,” katanya,

Mohd Yazib berkata, semua tahanan dan bot bernilai RM34,000 dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – WD MY