JOHOR BAHRU, 13 Feb – BERSELINDUNG……Perniagaan kopi hanya diluar tapi digunakan untuk menjual mercun berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu serbuan di Ulu Tiram, semalam.

Dalam serbuan itu, PPM menahan peniaga berusia 43 tahun itu dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM6,000.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu, berkata anggotanya yang menjalankan tugas risikan mengesan suspek mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis mercun di kedai kopi miliknya

“Peniaga ini ingin mengaut keuntungan segera sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan menjual mercun.

“Hasil intipan hampir enam jam yang dilakukan anggota mendapati mercun dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan dan mercun turut dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat PPM Wilayah 2 bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – WD MY