KUALA LUMPUR, 7 Feb – KESAN…. Pihak Polis Daerah Dang Wangi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan seorang lelaki warga Ireland supaya tampil memberikan maklumat.

Lelaki dikenali sebagai Stephen Warde, 32, dilaporkan memasuki negara ini pada 15 November lalu sebelum dilihat kali terakhir di Mercu Summer Suites, Jalan Cendana Off Jalan Sultan Ismail.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa turut dikesan berada di kawasan Danau Kota, Setapak, 13 hari lalu namun tiada sebarang pengesahan diterima daripada mana-mana saksi.

Pada masa ini kes kehilangan Warde diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairil Mat Nawi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099. – WD MY