KUALA LUMPUR, 31 Mei – KESAN…. Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilapor┬áhilang sejak 14 April lepas.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata Gam Teak atau dikenali sebagai Choo Peng, 79, diilihat kali terakhir pada tarikh itu pukul 1.30 pagi di Blok B-15-5, Sri Rakyat, Jalan 14/155C, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang juga kediamannya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas itu diminta menghubungi Balai Polis Bukit Jalil di talian 03-8994 3284, atau Sjn Fudhlana Abdul Rahman di talian 010-363 7277. -WD MY