KUALA LUMPUR, 17 APRIL – KESAN…. Pihak Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak akhir bulan lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, wanita dikenali sebagai Nor Azian Nawi, 35, kali terakhir dilihat pada 29 Mac lalu di kedai makan Nasi Lemak Pandan, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang pernah terlihat atau mempunyai maklumat, diminta berhubung dengan pegawai penyiasat dari Balai Tun H.S Lee, Sarjan Abi Shafazeem Arshad di talian 013-5675872 atau menghubungi Balai Polis Tun H.S Lee di talian 03-92212222.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – WD MY