KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pihak polis hari ini memanggil Ketua Editor portal berita Malaysian Insider berhubung artikel membabitkan siasatan kes SRC International oleh Panel Penilai Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mengelirukan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, pagi ini.

“PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat lapuran yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel MACC,” katanya.

Sebelum ini, menerusi satu artikel, portal itu mendakwa PPO SPRM mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung isu itu.

Laporan portal itu memetik kenyataan seorang ahli panel PPO yang tidak dinamakan sebagai sumber.

Bagaimanapun, semalam Pengerusi PPO SPRM, Tan Sri Hamid Bugo dan ahlinya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan menegaskan tiada mana-mana pihak tanpa nama diberi kuasa mengeluarkan kenyataan bagi pihak panel itu dalam apa juga keadaan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY