KUALA LUMPUR, 13 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan
seorang individu dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dan merampas 1,208
keping ganja seberat 1,190 kilogram di Selangor dan Kedah.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam
catatan di akaun Twitter beliau hari ini.

Khalid berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan
Narkotik (STING) Bukit Aman.

“Tahniah kepada STING@PDRMsia, serbuan di Subang Jaya dan Merbok, Sungai
Petani (Kedah), tahan seorang dan rampas 1,208 keping ganja seberat 1.19 tan
(1,190 kg) #GoPDRMGo,” katanya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY