KUALA LUMPUR 24 Jun – Terima Lagi Laporan…. Polis menerima tiga lagi laporan terhadap seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergelar datuk berkaitan menjalankan ugutan jenayah dan pemerasan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Menurutnya, tiga laporan itu dibuat oleh tiga individu selepas tangkapan dilakukan terhadap suspek kelmarin.

Semalam, polis mendapat perintah tahanan reman selama dua hari ke atas pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan kes meminta wang RM25,000 daripada pengendali judi ekor tanpa lesen. – WD MY

LEAVE A REPLY