PUTRAJAYA, 17 Ogos – Selesai Kes Curi Kereta & Pecah Rumah….Sebanyak 30 kes curi kenderaan dan 10 kes pecah rumah di Putrajaya, Lembah Klang serta Kelantan berjaya diselesaikan dengan penangkapan 15 orang dari dua kumpulan oleh Polis Putrajaya.

Ia membabitkan rampasan bernilai RM400,000 termasuk 11 buah kereta, 70 telefon bimbit dan alatan mencuri kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan, operasi penangkapan dilakukan sejak akhir Julai lalu.

Katanya, kumpulan yang mula bergerak aktif sejak tahun 2010 mempunyai kepakaran dalam mencetak cukai jalan dan geran kenderaan palsu.

Setiap kereta yang dicuri dijual dengan harga serendah RM1000 hingga RM5000 digunakan untuk membeli bekalan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan bagi kecurian kenderaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan melibatkan kes pecah rumah. – WD MY

LEAVE A REPLY