KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ambil Keterangan….. Polis mengambil keterangan beberapa
individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana
menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia kelmarin susulan
rawatan gigi di Bangsar.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis merakam
percakapan mereka yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu
lain.

“Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses
mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital,” katanya hari ini.

Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana
menyebabkan kematian.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira
6 petang Rabu untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di Hospital PPUM. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY