KUCHING, 12 Jan – Tahan….. Pihak Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun
yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan
Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak Datuk Dev Kumar, suspek
ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di
RPR Landeh Kuching.
“Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya.
Dev berkata setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.
“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan
sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap
Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun,” katanya.  – WD MY