KOTA TINGGI, 19 APRIL – TUNJUK…. Pihak Polis menahan seorang lelaki berusia 50-an yang dipercayai cuba menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di sebuah kedai di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata suspek ditahan jam 6.15 petang tadi selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral di laman sosial tengah hari.

“Susulan video viral mengenai seorang lelaki dewasa yang berkelakuan tidak senonoh di kawasan bandar Kota Tinggi, polis menahan suspek terbabit hasil maklumat awam.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, video selama satu minit 29 saat yang menjadi viral itu memaparkan tindakan lelaki terbabit yang bertopi keledar dan memakai kemeja-T serta seluar pendek, memasuki sebuah premis sebelum dipercayai cuba menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang berada di situ. – WD MY