KUALA LUMPUR, 28 OGOS – TAHAN….. Seorang pelakon lelaki ditahan hari ini, bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan seorang penerbit bergelar Datuk.

Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Telefon bimbit lelaki itu turut dirampas bagi membantu siasatan, susulan laporan polis dibuat penerbit terbabit pada Jun lalu.

Antara lain, penerbit berkenaan mendakwa kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 pada awal Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – WD MY