KUALA LUMPUR, 30 Okt – TAHAN…. Pihak Polis menahan empat penunggang basikal lajak yang sedang leka bermain basikal di sekitar kawasan Tasik Tambahan, Ampang malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata kesemua mereka berusia 11 hingga 15 tahun itu ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula 3 petang.

“Semakan mendapati kesemua basikal telah diubah suai dan tidak mempunyai brek. Polis turut menyita empat basikal,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya tular di laman sosial.

Perbuatan yang dipercayai berlaku di Ampang itu dirakam oleh pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan. – WD MY