PARIS, 11 Julai – Tahan Lebih……Polis tempatan menahan kira-kira 40 orang kerana keganasan dan kesalahan lain sebelum dan selepas Perancis tewas kepada Portugal pada aksi final Euro 2016 awal pagi tadi.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan mengepung penyokong-penyokong yang membaling botol ke arah mereka berhampiran kaki Menara Eiffel.

Kumpulan penyokong berkenaan membantah selepas dilarang memasuki zon penyokong yang sudah melebihi kapasiti 90,000 orang.

Tangkapan-tangkapan lain dilakukan di luar Stade de France kerana kesalahan-kesalahan awam.

Dasar Menara Eiffel diselubungi asap pemedih mata dalam usaha polis anti rusuhan menyuraikan kumpulan berkenaan, selepas mereka mula menyalakan api di kaki lima dan membaling botol serta objek lain ke arah polis.

Sebahagian penyokong berkenaan melilitkan bendera Perancis di leher mereka sebagai sokongan kepada pasukan tuan rumah, namun sebilangan penyokong Portugal turut kelihatan melakukan kesalahan berkenaan. – WD MY

LEAVE A REPLY