KUALA LUMPUR, 26 Jun – Polis menahan seorang lelaki dan merampas
120 kilogram dadah jenis syabu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini malam
ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan terhadap
lelaki berusia 24 tahun itu dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik
(STING) Bukit Aman.

“Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap satu lelaki 24 tahun dan rampas 120
kg Syabu di Mutiara Complex, Jln Ipoh, KL. Go PDRM Go,” katanya dalam catatan
terbaharu akaun Twitternya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY