KUALA LUMPUR, 25 April – Tahap keselamatan di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC) dipertingkatkan hari ini dengan bermulanya beberapa
mesyuarat menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 yang akan berlangsung dari 26-27
April.

Pengurusan KLCC telah meletakkan notis bahawa pusat konvensyen itu akan
ditutup kepada orang awam bermula hari ini sehingga Isnin, 27 April dan akan
dibuka semula pada Selasa.

“Semasa tempoh ini medan selera dan terowong dataran akan beroperasi seperti
biasa,” demikian menurut notis yang dipaparkan di pintu masuk pusat konvensyen
itu.

Tinjauan mendapati hanya delegasi, para pegawai dan petugas
media yang mempunyai pas rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri Malaysia yang dibenarkan masuk.

Salah seorang pengunjung ke Klcc dari Melaka,Mohd Ikhmal Iklas berkata beliau berasa
bangga dengan sidang kemuncak Asean kerana negara sebagai tuan rumah dapat menonjolkan
pembangunan dan bagaimana kita mengendalikan sidang kali ini dengan kawalan keselamatan
kepada delegasi ke sini.

“Ia merupakan sesuatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana kita mempunyai
pihak polis yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan dan menjaga keselamatan sesebuah
penganjuran berperingkat dunia seperti ini,” katanya.- Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY