JOHOR BAHRU,SEPTEMBER 15:POLITIK WANG… Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim mendakwa budaya politik wang sudah mula dikesan menjelang pemilihan parti pada 30 September nanti.

Beliau berkata, politik kotor seperti itu yang diamalkan UMNO perlu dihentikan segera sebelum meresap dan seterusnya merosakkan parti.

“Budaya kotor sudah mula resap dengan cara nak jadi calon dan tawar duit. Calon sebegini mesti kita mesti tolak, kalau jujur mahu jadi pemimpin PKR tidak perlukan politik wang.

“Saya minta ahli-ahli PKR jangan rosakkan parti dengan budaya parti UMNO yang telah tewas itu. Contohnya saya, saya tidak perlukan politik wang untuk jadi pemimpin PKR, saya boleh jadi Pengerusi PKR Johor dan Ahli Parlimen PKR (tanpa politik wang),” katanya.-MY WD