PUTRAJAYA, FEB 25 – PPA1M…Seorang daripada anak kepada pesara kerajaan kini boleh memiliki kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata permohonan khusus bagi anak-anak pesara kerajaan itu mula dibuka sejak Januari lepas.
Antara syarat yang ditetapkan ialah seorang daripada bilangan anak pesara berkenaan layak memohon dan ia terbuka kepada sama ada mereka bekerja di sektor awam atau swasta.
Menurut beliau permohonan ini akan membantu anak-anak pesara kerajaan khususnya merekagolongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman.

Menurutnya keputusan itu bakal membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan bertanah dan berstrata.

Sepertimana yang diketahui, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan berstatus kontrak.- MY WD