KUALA LUMPUR, 30 Jan – GANTI…… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menggantikan UMNO dan memainkan peranan untuk menerajui negara.

Najib berkata ini kerana pengurusan dalaman PPBM bercelaru apabila ia gagal mematuhi perlembagaan parti yang digubalnya.

Dari segi prinsip perlembagaan parti, beliau tidak nampak bagaimana PPBM yang gagal mematuhi perlembagaannya sendiri mampu mengambil alih peranan UMNO.

“Saya diberitahu bahawa di peringkat cawangan dan bahagian (PPBM), mereka tidak mengadakan mesyuarat. Alih-alih peringkat nasional ada perhimpunan yang kita tidak tahu dari mana perwakilan itu datang.

“Maknanya pengurusan parti sendiri pun boleh dipersoalkan dari segi perlembagaan yang mereka sendiri tentukan, diluluskan mereka sendiri. Apakah ini petanda kemampuan mereka untuk menjalankan tanggungjawab lebih besar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn hari ini.

Beliau mengulas sama ada PPBM mampu menggantikan peranan UMNO sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pimpinan negara. – WD MY