PUTRAJAYA, 2 Mac – Penyerahan…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penyerahan 1,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kepong.

Ia membabitkan pembangunan di tapak seluas hampir 4.2 hektar merangkumi empat blok bangunan menempatkan 1,600 unit kediaman dengan kos hampir RM216 juta yang siap dibina pada 2015.

Projek itu diserahkan Jabatan Perumahan Negara (JPN) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

KPKT diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Mohammad Mentek dan DBKL oleh Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd Amin Noordin Abd Aziz.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN). – WD MY