KUALA LUMPUR, 27 Nov – Prasarana akan menerima 14 set tren empat koc generasi baharu Innovia untuk Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya akan tiba di Pelabuhan Klang minggu depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) Sdn Bhd, Khairani Mohamed, set tren tambahan ini dibeli untuk memenuhi kenaikan jumlah penumpang bagi LRT Kelana Jaya.

Set tren empat koc tersebut dibeli daripada Bombardier Hartasuma Consortium (BHC).

Tambah Khairani, tren tersebut akan dihantar ke kilang BHC di pelabuhan barat untuk kerja-kerja dalaman dan ujian.

Ia kemudian akan dihantar ke depot LRT Kelana Jaya-Subang untuk ujian kelayakan dan rutin.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan menyebut bahawa 20 tren baharu enam koc bagi laluan Ampang telah dibeli di bawah Projek Sambungan Tren Laluan LRT Kelana Jaya (LEP).-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY