KUALA LUMPUR, 27 Okt – Malaysia akan dikunjungi sekali lagi Presiden Barack Obama. Obama dijadual akan ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini untuk menghadiri beberapa sidang kemuncak.

Menurut kenyataan dari Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat itu akan mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Asean.

Dalam lawatan itu, Obama akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Turki dan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Filipina, kata Rumah Putih.

Di Malaysia, Obama akan menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.- Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY