BRASILIA, 12 April – Usul Pecat Presiden…….. Sebuah Jawatankuasa Kongres semalam mengesyorkan pemecatan Presiden Brazil, Dilma Rousseff, sekali gus membawa dewan perwakilan ke satu peringkat undian penting bagi menentukan sama ada beliau perlu berdepan perbicaraan.

Jawatankuasa itu mengundi 38 berbanding 27 yang memihak kepada penyingkiran Rousseff.

Kedua-dua pihak melaungkan slogan dan mengibarkan sepanduk ketika pengundian selepas beberapa jam berdebat. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY