KUALA LUMPUR, 27 Mac – Lawatan……. Presiden Perancis, Francois Hollande yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, mulai hari ini akan diberi sambutan negara di Dataran Parlimen, di sini pagi esok.

Ketibaan beliau dijangka jam 9 pagi akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Hollande yang dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 8.15 malam ini mempunyai jadual padat esok.

Mengikut buku atur cara program yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, selepas majlis sambutan negara, Hollande akan mengadakan mesyuarat dengan usahawan negara itu di sini dan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Acara lain adalah lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM), Subang, lawatan ke Muzium Kesenian Islam, di sini dan perjumpaan dengan masyarakat Perancis, selain majlis penganugerahan kepada pelakon antarabangsa, Tan Sri Michael Yeo.

-WD MY