PARIS, 14 Nov – Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari berikutan serangan pengganas di sini, pada Jumaat malam.

Hollande berkata, tempoh berkabung tiga hari itu sebagai memperingati mereka yang terkorban dalam peristiwa berdarah Perancis yang disifatkan sebagai kekejaman dunia.

Sekurang-kurangnya 128 orang terkorban manakala lebih 200 lagi cedera. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY