WASHINGTON, 1 Nov – LAWAT….. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak akan melawat Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagikan Semenanjung Korea dalam lawatan ke Korea Selatan minggu depan, kata seorang pegawai kanan pentadbiran semalam.

Difahamkan, keputusan untuk tidak melawat DMZ ketika ketegangan memuncak dengan negara bersenjata nuklear Korea Utara disebabkan oleh kekangan masa.

“Presiden tidak akan melawat DMZ, kerana kekangan masa di dalam jadual,” kata pegawai itu.

Trump, yang dijangka berlepas pada Jumaat dalam rangka lawatan ke lima negara Asia, sebaliknya akan melawat Kem Humphreys, yang terletak di selatan Seoul, jauh dari DMZ, kata pegawai itu.

“Setiausaha Mattis sudah melawat ke sana minggu lalu, Naib Presiden Pence juga sudah ke sana awal tahun ini,” kata pegawai itu, merujuk kepada Ketua Pentagon, Jim Mattis dan orang nombor dua Trump, Mike Pence. – WD MY