NEW YORK, 29 Jan – TERRENDAH……  Jay-Z, bukan sahaja mendahului pencalonan anugerah Grammy, tetapi turut menjadi sasaran kecaman Presiden Donald Trump.

Trump mengkritik Penyanyi dan penerbit terkenal Amerika Syarikat, Jay-Z dalam siaran Twitter, berkemungkinan sebagai reaksi kepada kecaman terhadapnya yang dibuat bintang rap itu dalam satu temu bual.

“Seseorang sila maklumkan kepada Jay-Z bahawa disebabkan dasar saya, kadar pengangguran kulit hitam dilaporkan berada pada kadar paling rendah pernah direkodkan,” menurut tweet milik presiden itu.

Trump menyatakan dengan tepat kadar pengangguran terendah bagi minoriti AS, walaupun pengkritik berkata perkembangan eknomi negara itu bermula baik ketika pentadbiran bekas Presiden Barack Obama.

Jay-Z dan isterinya, penyanyi Beyonce, menjadi rakan dan sekutu politik Obama, dalam temu bual yang disiarkan kelmarin menerusi CNN, berkata kenyataan menghina Trump terhadap penduduk bukan kulit putih membayangi data pekerjaan.

“Duit tidak sama dengan kebahagiaan. Tidak. Anda perlu layan manusia seperti manusia, itu titik utamanya,” kata Jay-Z yang gemar mempamerkan kemewahannya kepada hos rancangan itu, Van Jones.

Jay-Z menerima lapan pencalonan bagi anugerah berprestij itu tahun ini. – WD MY