WEST PALM BEACH, 2 Feb – Arahkan…… Mahkamah Persekutuan mengarahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai pemilik Padang Golf Florida membayar ganti rugi AS$5.7 juta (RM25.25 juta) kepada 65 bekas ahli yang dinafikan bayaran balik wang keahlian selepas mengambil alih kelab itu pada 2012.

Hakim Daerah, Kenneth Marra mengeluarkan arahan itu selepas mendapati Kelab Golf Kebangsaan Trump di Jupiter telah melanggar perjanjian keahlian yang ditandatangani dengan Ritz-Carlton sebagai pemilik sebelumnya.

Ketika Trump mengambil alih kelab itu, seramai 65 orang berada dalam senarai pemberhentian.

Berdasarkan perjanjian mereka perlu menunggu sehingga kemasukan ahli baru untuk mendapatkan semula wang muka.

Pada masa sama mereka masih diwajibkan untuk membayar yuran dan dibenarkan untuk menggunakan kemudahan kelab tetapi Trump meminta mereka untuk terus membayar yuran dan menghalang mereka daripada memasuki kelab.

Organisasi milik Trump dalam satu kenyataan membantah keputusan mahkamah itu dan merancang untuk mengemukakan rayuan. – WD MY