PALM BEACH, 10 April – Dilarang…..Presiden Donald Trump dilarang menggunakan helikopter miliknya yang kini berada di laman hadapan pusat peranginan miliknya, Mar-a-Largo, di sini.

Perkhidmatan Rahsia berkata, mengikut protokol keselamatan, Presiden hanya menggunakan khidmat sama ada pesawat saiz jumbo, Air Force One atau helikopter kerajaan, Marine One.

Helikopter peribadi Trump, Sikorsky S-76, mempunyai nama Trump berwarna merah pada ekor dan tangga, selain jenama keluarga. Hartawan itu memiliki dua helikopter terbabit.

Helikopter itu kelihatan berada di tempat mendarat di Mar-a-Lago sebelum meninggalkan tempat berkenaan beberapa jam kemudian.

Rumah Putih enggan menjawab mengapa helikopter itu berada di situ. – WD MY