WASHINGTON, 10 Jan – SAHKAN…. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan kehadirannya dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, akhir bulan ini, menjadikan beliau presiden pertama berbuat demikian dalam tempoh 20 tahun.

“Presiden Donald Trump akan mengambil peluang untuk mengetengahkan agenda ‘Amerika Didahulukan’ dalam kalangan pemimpin dunia yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia.

“Beliau juga akan mempromosi dasarnya bagi memperkukuh perniagaan Amerika Syarikat (AS), industri dan pekerja AS,” kata jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders.

Bill Clinton ialah Presiden Amerika Syarikat terakhir yang menghadiri forum tahunan itu, iaitu pada 2000. – WD MY