Presiden Trump Kata Comey Pembocor Rahsia Kerajaan

0
92

WASHINGTON, 10 Jun – Pembocor…… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus menyerang bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan menuduhnya sebagai ‘pembocor’ rahsia kerajaan.

Dalam keterangan ketika perbicaraan kongres, James Comey mendakwa Trump cuba menghalang siasatan berhubung kes Bekas Penasihat Keselamatan Negara Michael Flynn dan Russia.

Pada masa sama, Comey memberitahu, Rumah Putih memfitnahnya dan FBI.

Keterangan itu memaksa Trump bersuara, dengan mengatakan bekas ketua FBI itu memberitahu Majlis Perisikan Senat, presiden tidak disoal siasat dalam isu Russia itu.

Menerusi laman Twitter, Trump turut menyelar Comey yang dipecat pada Mei lalu kerana menyerahkan butir perbualan dengan presiden kepada peguam yang kemudiannya berkongsi dengan pihak media.

Trump mengakhiri tulisannya dengan mengatakan Comey berbohong atas nama sumpah. – WD MY