WASHINGTON, 24 APRIL – LAYANAN….  Presiden Donald Trump, yang merungut dengan layanan media terhadapnya dalam siri tweet selama, melarang anggota pentadbirannya menghadiri majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih pada Sabtu ini, kata pegawai.

Trump sudah pun menyatakan tidak akan hadir ke majlis berkenaan, sebaliknya menjadualkan perhimpunan politik di Wisconsin, tetapi tidak memutuskan sama ada kakitangan akan hadir.

Keputusan melarang kakitangannya menghadiri majlis itu diumumkan oleh Setiausaha Kabinet Rumah Putih, Bill McGinley, kepada staf Rumah Putih dan wakil pentadbiran lain oleh pada mesyuarat pagi, kata pegawai.

Ia mencetuskan kekecohan kerana ramai kakitangan menerima jemputan itu kerana menyangka Trump akan membenarkan mereka menghadirinya.

“Presiden dan anggota pentadbirannya tidak akan menghadiri Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih tahun ini.

“Sebaliknya, petang Sabtu itu, presiden akan mengunjungi Green Bay di Wisconsin untuk mengadakan perhimpunan kempen,” kata pegawai Rumah Putih.

Trump, yang menyelar berita perdana sebagai ‘berita palsu’ dan kerap mengarahkan penyokongnya menonton Saluran Berita Fox, tidak menghadiri majlis berkenaan sejak menjadi presiden pada 2017.

Beliau juga melarang Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders, daripada mengadakan taklimat harian. — WD MY