WASHINGTON, 10 Sept – PUJI….. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semalam kerana menganjurkan perarakan ketenteraan besar-besaran tanpa mempamerkan peluru berpandu nuklear untuk sambutan ulang tahun ke-70 negara itu.

“Ini adalah kenyataan besar dan positif dari Korea Utara. Terima Kasih Pengerusi Kim. Kita akan membuktikan semua orang salah!

“Tiada apa boleh dibandingkan dengan dialog baik antara individu yang saling menyukai! Ini lebih baik berbanding ketika saya mula mengambil alih jawatan,” kata Trump menerusi Twitter.

Muat naik Twitter itu turut memetik kenyataan beberapa pakar yang mempercayai bahawa peluru berpandu dikeluarkan daripada perarakan untuk menunjukkan komitmen Korea Utara menghapuskan nuklear kepada Trump.

“Temanya adalah keamanan dan pembangunan ekonomi,” kata Presiden AS itu. – WD MY