WASHINGTON, 12 Mei – SELAR…. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyelar pengilang ubat-ubatan, syarikat insurans dan pengurus manfaat farmasi kerana menyebabkan kos ubat preskripsi di luar kemampuan warganegara itu.

Katanya, kerajaan beliau akan melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan persaingan dan menurunkan harga ubat-ubatan.

“Kerajaan akan menghapuskan peranan orang tengah dalam industri ubat-ubatan yang mengambil keuntungan berlebihan memandangkan pelobi farmaseutikal meraih kekayaan dan merugikan pembayar cukai.

“Situasi ini melampau dan kita akan menghentikannya,” kata Trump selepas penerbitan beberapa cadangan untuk menangani kos ubat-ubatan yang tinggi. – WD MY