WASHINGTON, 16 NOV – SERANG…. Presiden Donald Trump hari ini ‘menyerang’ bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine, dengan mesej Tweet yang berbunyi: “semua yang diusahakan tidak menjadi,” ketika beliau sedang memberi kenyataan membabitkan siasatan berkaitan pertuduhan ke Presiden AS itu.

Maklum balas bernada marah presiden berkenaan dihantar ketika Marie Yovanovitch memberi keterangan di Dewan Perwakilan selepas dipecat daripada jawatan beliau di Ukraine susulan dakwaan kempen yang dicemari oleh sekutu Trump.

“Ke mana saja Marie Yovanovitch pergi, ia akan menjadi teruk,” kata Trump.

Trump turut mengingatkan, bahawa Presiden mempunyai ‘hak mutlak’ untuk melantik dan memecat seorang duta. – WD MY