WASHINGTON, 5 Dis – TANGGUH….. ┬áKeputusan amat ditunggu-tunggu, sama ada untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak akan dibuat hari ini waktu tempatan di negara itu, kata Rumah Putih.

“Presiden Donald Trump sudah menjelaskan mengenainya: ia bukan soal isu ini, ia soal bila,” kata jurucakap Rumah Putih, Hogan Gidley, beberapa jam sebelum keputusan dijangka dibuat.

Trump, secara teorinya dijangka memutuskan semalam waktu AS, sama ada untuk menandatangani pengecualian undang-undang melewatkan selama enam bulan rancangan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

“Tiada keputusan akan dibuat mengenai perkara itu hari ini dan kami akan mengisytiharkan keputusannya beberapa hari lagi,” kata Gidley. – WD MY