KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Lawatan Ke Malaysia……. Presiden Ukraine Petro Poroshenko akan
melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia bermula esok hingga Jumaat, yang
merupakan lawatan peringkat tertinggi pertama dalam sejarah hubungan dua hala
kedua-dua negara.

Menurut kenyataan laman web rasmi presiden, ketua negara Ukraine itu
dijadual bermesyuarat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
wakil pemimpin Malaysia yang lain.

Selepas lawatan ke Malaysia, Poroshenko yang mengambil alih jawatan pada 4
Jun 2014, akan meneruskan lawatan rasmi ke Indonesia dari 5 hingga 7 Ogos dan
dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Presiden Indonesia Joko
Widodo, Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Ade Komarudin dan Ketua Kesultanan
Yogyakarta.

Dalam dua rangka lawatan berkenaan, forum perniagaan akan turut diadakan.

Kedua-dua pihak dijangka menandatangani siri dokumen dua hala yang bertujuan
untuk meningkatkan kerjasama. – WD MY

LEAVE A REPLY