HARARE, 28 Nov – ROMBAKAN…. Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa melakukan rombakan Kabinet tiga hari selepas mengangkat sumpah, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Ketua Setiausaha presiden, Misheck Sibanda dalam satu kenyataan berkata, Mnangagwa dalam proses untuk membentuk pasukan baharu kabinet menteri-menteri.

Sibanda berkata, Mnangagwa sudah melantik Patrick Chinamasa sebagai pemangku menteri kewangan dan Simbarashe Mumbengegwi sebagai pemangku diplomat kanan untuk membantu melancarkan perkhidmatan di beberapa kementerian penting.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan bila Mnangagwa akan membuat pengumuman Kabinet baharunya.

Mnangagwa, 75, mengangkat sumpah pada Jumaat lalu susulan rampasan kuasa tentera terhadap pemerintahan kuku besi bekas Presiden Robert Mugabe, 93. – WD MY