PRK PARLIMEN PD: 24% KELUAR UNDI AWAL SETAKAT 10 PAGI

PRK PARLIMEN PD: 24% KELUAR UNDI AWAL SETAKAT 10 PAGI

749
0

PORT DICKSON, OKTOBER 9: UNDI AWAL…Sebanyak 24 peratus daripada 7,191 pengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson telah keluar mengundi setakat pukul 10 pagi tadi.

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR turut menasihatkan anggota tentera yang mengundi awal di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) mematuhi jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan di tempat pengundian serta kawasan meletak kenderaan.

Jadual pengundian tersebut adalah seperti berikut:

8 pagi – 1 tengah hari

1. Pusasda

2. Inspeka

3. ATD – Kolej PTT

4. MSS PD

5. 808 RSAT PD

6. 603 PGAT PD

7. Muzium Tentera Darat

1 tengah hari – 5.30 petang

1. 2 KAD

2. IJED

3. ILMI

4. 1 Kom KPD

5. 1 Wksp Bgd