LUNDU, 4 Feb – Tiga Penjuru…. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu akan ditentang calon PBDSB, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.

Calon Bebas Asbor Abdullah yang turut mengemukakan borang pencalonan bagaimanapun ditolak.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar mengumumkan calon bertanding pada kira-kira jam 10.15 pagi. – WD MY