KUCHING, 12 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hadir dan seterusnya melancarkan program Malaysia Inklusif Negara Digital MINDA di Tebingan Kuching.

Program MINDA merupakan satu program yang bermatlamat untuk menghubungkan rakyat, Membina masyarakat bermaklumat serta meransang ekonomi digital.

Ini sekaligus membantu rakyat dari pelbagai lapisan mendepani cabaran era digital yang semakin berkempang pesat di negara ini.

Pada masa sama ia digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan semua lapisan masyarakat di negara ini.

Menerusi program ini, ia diharap dapat merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat menerusi penyampaian informasi atau maklumat secara cepat, tepat serta cermat.

Ini sekaligus dapat meningkat pengetahuan rakyat berkaitan kemudahan infrastruktur dan teknologi terkini yang ditawarkan untuk akses dan capaian digital.
Ia juga membuka peluang kepada manfaat dan faedah penggunaan teknologi digital untuk membangunkan keusahawanan serta meningkatkan kemahiran.-CF (WD MY)

LEAVE A REPLY