GEORGE TOWN, 15 Jun – Duta Amerika Syarikat di Malaysia J?oseph Yun optimis Amerika dan Malaysia dapat memeterai Program Pengecualian ?Visa (VWP) dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

?Yun berkata kebanyakan syarat telah dipenuhi oleh Malaysia termasuk ?melaporkan mengenai kecurian atau kehilangan pasport kepada Polis Antarabangsa (?Interpol) dan mempunyai sistem pasport elektronik.

?”Kami yakin bahawa kedua-dua negara dapat memeterai VMP dalam tempoh b?eberapa bulan apabila semua syarat telah dipenuhi,” katanya kepada media? semasa majlis makan tengah hari dihoskan Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Pulau Pinang di sini.?

?Bagaimanapun, beliau berkata dua syarat yang belum dipenuhi ialah kadar p?enolakan permohonan visa hendaklah di bawah tiga peratus dan pertukaran data ?mengenai pengganas jenayah Malaysia-Amerika Syarikat.

?Beliau berkata pada masa ini, kadar penolakan visa ialah kira-kira empat p?eratus tetapi Malaysia telah melakukan usaha yang positif dengan ?mengurangkannya daripada kira-kira sembilan peratus sebelumnya.
?
?”Apabila kedua-dua syarat ini dipenuni, maka Malaysia tidak perlu memohon v?isa pelancong untuk melawat Amerika Syarikat,” kata Yun.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY