JOHOR BAHRU, 22 Nov – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melancarkan projek Ibrahim International Business District (IIBD) dan Coronation Square di Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini sebentar tadi.

IIBD adalah cetusan idea Sultan Ibrahim dan pelancarannya itu juga bersempena Hari Keputeraan baginda yang ke-57 hari ini.

Projek itu inisiatif Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kerajaan Johor bagi menyempurnakan Pelan Transformasi Johor Bahru ke arah menjadikan bandaraya ini setanding dengan bandar peneraju utama dunia.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, berkata IIBD adalah rancangan pembangunan menyeluruh bagi membolehkan Johor Bahru mencapai status sebuah bandaraya dunia dan metropolis menjelang 2020.

Katanya, IIBD turut mengandungi zon pembangunan yang dikenali Coronation Square seluas 2.53 hektar bernilai RM3 bilion yang bakal menjadi katalis bagi menggerakkan transformasi pusat bandaraya itu. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY