KUALA LUMPUR, 18 Julai – Lancarkan…. Kerjasama diantara Kementerian Wilayah Persekutuan dengan syarikat Ekovest bagi melaksanakan projek KL River City untuk mentransformasikan bandaraya Kuala Lumpur di mata dunia.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek berkenaan merupakan projek berimpak tinggi dan memberi nafas baru kepada 2.2 km jajaran Sungai Gombak ke destinasi baru bertaraf dunia.

“Ia memfokuskan kerja pembangunan di jajaran Sungai Gombak iaitu di kawasan Sentul, Titiwangsa dan Pekeliling bakal mengubah landskap kawasan Kuala Lumpur utara ke arah satu kawasan ikonik,” kata Tengku Adnan.

Beliau menambah bahawa pengabungan diantara pembangunan sungai serta akses ini menjadikan Malaysia setanding nama bandar- bandar besar di dunia.

“Pembangunan KL River City ini melonjakkan nama setanding bandar besar seperti Melbourne, Vienna, Vancouver, Toronto dan lain lagi,” kata beliau dalam ucapan perasmian KL River City disini hari ini.

Ia juga dilengkapi sistem GREAT iaitu memastikan banjir tidak berlaku kerana kompenan Sungai Bonus Diversion dilaksanakan melalui sistem tersebut. – WD MY